Sunday, May 22, 2011

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSSM KE-53


tempat : stadium perak, ipoh
waktu : 3.00 pm - 1.00 am
tarikh : 20/05/2011

seramai 73 orang pelajar lelaki terdiri daripada
pelajar tingkatan 3 & 4 dan 8 orang guru pengiring
yang mewakili SMK Taman Panglima, Taiping
telah terlibat dalam rombongan
ke stadium perak, ipoh
bagi menyaksikan upacara perasmian
kejohanan padang & balapan MSSM kali ke-53..
perjalanan ke stadium ipoh mengabil masa kira-kira
3 jam..
upacara yang sangat meriah..
untuk lebih lagi..
layari laman web salah seorang pelajar kelas ini..
klik <SINI>..

-di R&R sungai perak





-di stadium perak, ipoh







4K2 : KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN

MAJALAH STeP EDISI 6 2010


salam semua..
setelah sekian lama menunggu..
akhirnya majalah SMKTP edisi 6 2010
dah siap..
dan kini telah semua warga SMKTP
dapat melihat pelbagai info yang
terdapat dalam majalah ini..
seperti gambar kelas, aktiviti sepanjang tahun
dan sebagainya..

4K2 : MENARIK AGAKNYA..

Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI IBU



SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu-ibu di seluruh negara..
moga-moga dapat menjadi ibu yang berguna
dimana mampu menjadi contoh yang terbaik kepada
anak-anak serta seluruh masyarakat..

seorang ibu sangat bererti dalam hidup kita seseorang yang telah mengandung
 selama 9 bulan, membawa perut besarnya kemana-mana,
 akhirnya pada waktu itu lahirlah sesosok wajah cantik dan tampan,
 yaitu kita (anaknya). dari kita masih dalam bersimbahan darah,
 belau selalu merawat kita.
beliau selalu memberikan yang terbaik untuk anaknya.
kasih ibu sepanjang masa...


pada hari yang istimewa ini perkenankan kami untuk memberikan sepucuk puisi untuk
semua wanita yang bergelar IBU..
terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda yang begitu besar
mendidik, menyayangi, dan memberikan segalanya hanya untuk anakmu

______________________________________________

pengorbanan mu sungguh mulia
tak tertandingi dengan pengorbanan siapapun di dunia ini
disaat aku sakit engkau selalu disampingku
disaat aku dalam kesusahan engkau selalu memebrikan dukungan
disaat aku bahagia engkau memberikan air mata kebahagian untuk ku


mama
hanya ini yang bisa aku berikan padamu
kasih sayang mu tidak bisa dibicarakan dengan kata2
karena pengorbananmu yang begitu besar
tidak sanggup aku goreskan dalam puisi ini


we love mom
we miss u
your the best and give me bigest support...
anakmu


Wednesday, May 4, 2011

PEPERIKSAAN DAH DEKAT!!



untuk semua pelajar SMKTP..
peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada minggu depan..
dah sedia?
untuk semua..
jangan terlalu asyik study..luangkan masa untuk beriadah..
dan jangan terlalu fikirkan peperiksaan
hingga membuatkan kita berdebar-debar
kerana ia boleh mengakibatkan kita lupa
hampir 50 peratus pelajan yang telah dipelajari..

hayati tips-tips peperiksaan yang telah disediakan:

  • Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
  • Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
  • Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
  • Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
  • Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
  • Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?
  • Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.
  • Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
  • Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru



4K2 : BUAT YANG TERBAIK...

Tuesday, May 3, 2011

DESIGN T-SHIRT 4K2

hai..
design t-shirt 4K2 ni baru siap semalam..
tak ambil masa banyak pun nak buat design ni..
hanya 10 minit tau..
tapi yang penting classmate yang lain sudah membebel
dan tak sabar nak tengok design t-shirt..
sekarang..
tengok dah siap!!



-design t-shirt-


-logo-

untuk yang belum tengok lagi..
tengok cepat..

4K2 : JANGAN BANYAK KOMEN!!

Thursday, April 7, 2011

LATIHAN KEBAKARAN

hai..
tadi di sekolah telah diadakan
latihan kebakaran bagi melatih para pelajar
serta warga sekolah agar bersiap sedia menghadapi
situasi kecemasan..
latihan tersebut bermula jam 8.40 am - 9.00am..
lokasi berkumpul adalah di padang sekolah..
walaupun latihan..
para pelajar perlulah mengambil serius
akan situasi sebegini..
bak kata orang
'api bila kecil jadi kawan..
api bila besar jadi lawan..'
sekian saja..
bye!!

4K2 : LAIN KALI HATI-HATI..

Sunday, March 6, 2011

TRIBUTE TO NATURE

 assalamualaikum..
untuk pengetahuan semua
semalam 6/3/2011..
telah diadakan program kemasyarakatan iaitu
'TRIBUTE TO NATURE'
program ini dianjurkan oleh pelajar tahun akhir
jurusan pengurusan perlancongan
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDIN, PERLIS..


program ini juga melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4
SMK TAMAN PANGLIMA..
program yang berlangsung dengan gilang gemilang ini
telah diadakan di
ZOO TAIPING..


pelbagai aktiviti diadakan seperti :
  • pertandingan mewarna
  • face painting
  • kuiz tentang haiwan
  • pameran
  • macam-macam lagi..

selain itu juga..
disamping mejayakan program ini..
kami juga diterapkan dengan pelbagai kelebihan
haiwan-haiwan yang terdapat dalam ZOO TAIPING ini..
seperti gajah, harimau, beruang madu, orang utan
& banyak lagi..
kami juga diberi peluang melakukan aktiviti gotong royong
membersihkan kawasan di dalam ZOO TAIPING..



diharap program ini dapat diperluaskan lagi dan menjadi panduan
kepada anak-anak muda zaman sekarang..


terima kasih!!

4K2 : JAGA ALAM SEKITAR KITA!!